Khasiat Buah Nangka


berita, dot, info, org, khasiat buah nangka, buah nangka

 Khasiat Buah Nangka 

Nangka atau 'Jackfruit'. Buah nangka mengandungi vitamin A, B, dan C dalam bentuk sebatian thiamin, riboflavin, dan niasin. Juga mengandungi mineral seperti calcium, potassium, ferrum (zat besi), magnesium, dalam jumlah yang cukup banyak bila dibandingkan dengan pelbagai buah-buahan lain.

Dengan kandungan nutrisinya yang banyak, buah jenis ini memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan, antara lain:

1. Menguatkan sistem kekebalan tubuh

Buah nangka sumber vitamin C dan antioksidan yang sangat baik, untuk membantu mengukuhkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan fungsi sel darah putih.

2. Kurangkan risiko jantung dan stroke

Buah yang kaya akan kalium ini baik untuk mengawal tekanan darah dan boleh mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan stroke. Selain itu, juga baik untuk menjaga keseimbangan elektrolit.

3. Perlindungan terhadap kanser

Buah nangka mengandungi fitonutrien seperti lignan, isoflavon, dan saponin yang membentuk perlindungan tubuh melawan timbulnya sel kanser.

4. Menjaga kesihatan kulit

Nangka mempunyai kandungan vitamin A dan antioksidan yang tinggi, yang baik untuk menjaga dan memelihara kesihatan kulit.

5. Penambah tenaga 

Buah nangka mengandungi gula semula jadi seperti fruktosa dan sukrosa. Isi buahnya yang empuk, manis, legit dan rangup membuat tubuh segar kembali.

6. Mengoptimumkan fungsi tubuh

Buah nangka mengandungi mineral seperti mangan, zat besi, vitamin B6, niasin, asid folik yang berfungsi untuk mengoptimumkan fungsi tubuh.

Dari segi perubatan juga banyak khasiat dan kelebihan ditemui dalam buah nangka

* Orang China menganggap isi dan biji buah nangka berkhasiat dalam mengatasi masalah mabuk.

* Daunnya dibakar bersama jagung dan abunya dicampur dengan minyak kelapa dijadikan ubat ulser dan bisul.

* Getah nangka dicampurkan dengan cuka sebagai ubat merawat dan menurunkan boleh patukan ular atau binatang berbisa.

* Akarnya direbus minum airnya dapat merawat cirit birit, demam panas dan asma.

* Boleh merawat luka dengan pantas dengan melayurkan daun dan ditampal di kawasan luka.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Dup Blog Boom All Rights Reserved
Get more information at Dup Blog Boom